
Adakah anda hendak berwasiat tetapi
tidak tahu BAGAIMANA, DIMANA dan KEPADA SIAPA hendak dirujuk?
Adakah anda, samada BERPOLIGAMI atau seorang MUALAF atau sedang membesarkan ANAK ANGKAT / ANAK TIRI?
Atau adakah anda seorang IBU TUNGGAL atau BAPA TUNGGAL yang sedang menyara dan membesarkan anak-anak yang masih kecil?
Atau adakah keadaan KESIHATAN ANDA TIDAK MENENTU sejak akhir-akhir ini ataupun telah disahkan oleh doktor MENGIDAP PENYAKIT yang sukar diubati?
Atau adakah anda sedang MENITI UMUR SENJA dan hari-hari anda banyak dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan anda kepada Allah?
Atau anda masih RAGU-RAGU samada perlu ke berwasiat?
Sekiranya ‘YA’, tahukah MASALAH BESAR yang bakal
menanti keluarga anda sekiranya anda 'pergi' secara mengejut tanpa BERWASIAT?
Anda perlu AMBIL SERIUS apa yang bakal saya
dedahkan!
Anda pasti akan TERKEJUT BESAR!
Anda pasti akan TERKEJUT BESAR!
Teruskan membaca sekiranya
anda sayang keluarga anda….
✘
Adakah anda tahu bagaimana nak URUS & BUAT TUNTUTAN ke
atas harta pusaka? Kalau anda sendiri pun tak pasti, bagaimana anda boleh
andaikan waris anda lebih mengetahui? Itu belum bercerita berkenaan bagaimana
nak buat pembahagian mengikut hukum FARAID, silap haribulan tanpa pemahaman kepada hukum Faraid boleh menyebabkan anda atau waris anda 'termakan' harta pusaka yang bukan hak walaupun secara tidak sedar. Bukan
semudah yang disangkakan, BETUL?
✘
Adakah
anda telah kenalpasti siapa yang anda percaya & berkeupayaan dikalangan waris anda
yang boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai Pentadbir Harta kepada harta pusaka anda kelak?
Adakah Isteri anda? Atau Anak anda? Bapa atau Ibu anda? Mampukah mereka? TANPA WASIAT, Pentadbir Harta perlu dilantik daripada kalangan waris anda atau mana-mana pihak yang berkepentingan kepada harta pusaka anda dan perlu mendapat persetujuan daripada semua waris. Berikut adalah antara
tugasan yang perlu dilaksanakan oleh seorang Pentadbir Harta :-
Cuba anda tanya dulu dikalangan ahli keluarga anda, ada siapa yang rela hati mahu jadi Pak Sanggup? Kalau ada, syarat seterusnya adalah dia tidak boleh 'pergi' dulu daripada anda!!!
Seperkara yang anda perlu ketahui, tanpa wasiat, TEMPOH MASA untuk menyelesaikan segala urusan pentadbiran & pengagihan harta pusaka mungkin
akan mengambil tempoh BERTAHUN-TAHUN lamanya!
Kenapa
perlu meletakkan tanggungjawab yang berat ini kepada waris anda walhal anda boleh memudahkannya melalui PENULISAN WASIAT?
✘
Adakah anda merasakan berat untuk mengeluarkan belanja yang hanya SEKALI SEUMUR HIDUP untuk berwasiat? Tetapi adakah anda tahu pilihan anda
untuk TIDAK
BERWASIAT boleh menyebabkan waris
anda terutama anak-anak anda bakal menanggung KERUGIAN & KEPAYAHAN BERGANDA-GANDA disebabkan harta pusaka yang tidak boleh digunakan kerana
terpaksa DIBEKU
dalam tempoh yang lama?
Bahkan,
anda juga mungkin akan alami situasi yang sama sekiranya pasangan hidup anda 'pergi
dahulu' tanpa ada wasiat!
✘ Saya pasti anda kerja berhempas pulas siang malam
mengumpul harta kekayaan untuk kesenangan pasangan & anak-anak anda, tetapi
adakah anda sanggup membiarkan harta tersebut DIBEKU begitu saja bila anda telah
‘tiada’? Kalau sanggup, baik kerja biasa-biasa saja daripada awal, hidup ala kadar!!
✘
Tahukah
anda setakat 2014, statistik merekodkan sebanyak RM66 BILION nilai harta yang masih
dibeku kerana gagal dituntut oleh waris. Dan yang amat membimbangkan adalah lebih
daripada 90% adalah milik Melayu Islam? Bukankah Islam telah menyuruh umatnya
supaya berwasiat? Adakah anda akan hanya berdiam diri dan berhasrat menyertai 'Kelab Kumpulan 90%' yang dinyatakan diatas disamping menjadi 'penyumbang' kepada ‘TABUNG HARTA BEKU’ ini?
✘ Sekiranya anda memiliki harta terkumpul melebihi RM2 juta,
SITUASI AKAN MENJADI SEMAKIN RUMIT! KENAPA? Tahukah
anda TANPA
WASIAT, Mahkamah Tinggi akan memerlukan 2 ORANG PENJAMIN yang mempunyai NILAI HARTA YANG SAMA sebelum SURAT KUASA MENTADBIR boleh dikeluarkan. Tanpa Surat Kuasa Mentadbir, harta pusaka anda
tidak akan dapat ditadbir dan akan terus DIBEKU! Persoalannya, ada ke ahli keluarga atau kenalan anda yang berkemampuan serta berani mengambil risiko untuk menjadi penjamin? Sekadar ingatan, tanggungjawab dan risiko tidak banyak beza dengan penjamin kepada pinjaman bank.
Masih ingat Husin Lempoyang?
Sebenarnya takde kena mengena pun dengan
Pak Husin Lempoyang! cuma character
kelakarnya antara yang paling di ingati didalam cerita P. Ramlee 3 Abdul walaupun hanya keluar tak sampai pun 5 minit! WOW!!!
Anda pasti ingat lagi cerita komedi P. Ramlee 3 ABDUL.
Cerita ini ada menyentuh perihal pertelingkahan 3 beradik disebabkan harta pusaka arwah
ayahanda yang ditadbir & diagihkan kepada warisnya tanpa mengikut aturan yang sepatutnya. Disebabkan ayahandanya pergi tanpa sempat meninggalkan
wasiat, si abang sulung mengambil kesempatan melantik dirinya sendiri untuk berperanan sebagai
pentadbir harta dan bertindak untuk mengagihkannya mengikut hasratnya. Kesudahannya si bongsu mendapat bahagian harta
yang paling tidak bernilai dan sikit disebabkan faktor tak sebulu dengan
abang-abangnya!
Namun arwah ayahandanya telah boleh
mengagak situasi sedemikian akan berlaku apabila beliau ‘tiada’ kelak apabila
menyembunyikan sebahagian harta-hartanya diluar negeri daripada pengetahuan anak sulungnya dan diletakkan dibawah
jagaan orang kepercayaannya iaitu Sulaiman Akhlaken yang bertindak sebagai
Pemegang Amanah kepada harta-hartanya untuk diserahkan kepada anak bongsunya bila tiba waktunya kelak.
Walaupun ceritanya lucu dan difilemkan
secara santai, tetapi banyak pengajaran yang ditinggalkan untuk kita kaji & pelajari. Mungkin arwah P. Ramlee memang sengaja
mengarahkan filem sebegitu supaya kita boleh mengenalpasti dan mengkaji permasalahan
yang sudah lama berakar umbi didalam masyarakat kita!
APA PENGAJARAN YANG 3 ABDUL CUBA SAMPAIKAN?
Kenapa wasiat PENTING?
Kalau ayahandanya sempat untuk berwasiat, berkemungkinan besar beliau berpeluang melantik pihak yang amanah dan berkelayakan seperti Sulaiman Akhlaken didalam wasiatnya untuk menjadi Wasi atau Pentadbir kepada hartanya. Sulaiman boleh memastikan harta-harta beliau diagihkan samada mengikut hasrat terakhirnya (last wishes) sekira ketiga-tiga anaknya (waris) sebulat suara bersetuju atau jalan terakhir mengikut hokum Faraid sekiranya ada bangkangan. Disebabkan kesemua warisnya iaitu anak-anaknya adalah lelaki, semua akan mendapat bahagian yang sama banyak.
Kalau ayahandanya sempat untuk berwasiat, berkemungkinan besar beliau berpeluang melantik pihak yang amanah dan berkelayakan seperti Sulaiman Akhlaken didalam wasiatnya untuk menjadi Wasi atau Pentadbir kepada hartanya. Sulaiman boleh memastikan harta-harta beliau diagihkan samada mengikut hasrat terakhirnya (last wishes) sekira ketiga-tiga anaknya (waris) sebulat suara bersetuju atau jalan terakhir mengikut hokum Faraid sekiranya ada bangkangan. Disebabkan kesemua warisnya iaitu anak-anaknya adalah lelaki, semua akan mendapat bahagian yang sama banyak.
Dengan penyelesaian diatas, bukankah isu ‘putus saudara’ diantara adik
beradik dapat dielakkan, BETUL?
Disamping itu, proses pentadbiran &
pengagihan harta pusaka pasti berjalan lancar dan cepat!
Adakah perkara yang sama mungkin boleh terjadi
kepada kita, BETUL?
INILAH REALITI MASALAH DIDALAM MASYARAKAT KITA.
Keratan akhbar dibawah menceritakan
realiti yang berlaku di Malaysia. Tiada siapa sebenarnya mahukan perkara dibawah berlaku kepada keluarganya !! Tetapi tidak dapat dinafikan masih ada yang menafikan fakta dibawah dan hanya beranggapan perkara dibawah pasti tidak berlaku kepada keluarganya. ANDA BAGAIMANA?
KENAPA ANDA WAJIB BERWASIAT???
✔
Pelaksana Wasiat (Wasi) yang dilantik didalam wasiat akan mengurus
& membuat tuntutan harta pusaka BAGI PIHAK ANDA & WARIS dengan amanah & berpandukan kepada PRINSIP SYARIAH. Bukan itu saja,
Wasi ini turut mampu memberi penerangan yang jelas berkenaan hukum Faraid
kepada waris bagi yang tidak faham dan mempertikaikan atau tidak berpuashati dengan bahagian harta yang
diterima!
✔
Pentadbiran & pengagihan harta pusaka
kepada waris akan selesai dengan lebih CEPAT.
✔
Memastikan setiap waris mendapat HAK YANG SAKSAMA menurut Islam.
✔
Mengelak PERTELINGKAHAN & PEREBUTAN harta pusaka dikalangan ahli keluarga.
✔
Memastikan ANAK ANGKAT, ANAK TIRI atau sesiapa saja yang BUKAN WARIS yang
anda mahu, turut mendapat manfaat daripada harta pusaka anda.
✔
Memastikan seorang MUALAF masih boleh memperuntukkan
bahagian daripada harta pusakanya kepada ibubapanya yang masih belum memeluk
Islam, walaupun mereka bukan waris menurut prinsip Faraid dan tiada hak kepada
harta pusaka tersebut.
✔ Untuk Ibu dan Bapa Tunggal, wasiat membolehkan anda untuk melantik PENJAGA HARTA kepada harta anak anda, yang anda percaya dan yakin boleh melaksanakan tanggungjawab dengan amanah kepada harta anak anda sekiranya mereka masih dibawah umur!
✔
Berpeluang menjana pahala berterusan
walaupun anda telah tiada dengan menentukan sebahagian harta pusaka
diperuntukkan untuk melaksanakan IBADAH WAKAF.
✔
Satu-satunya peluang untuk anda
meninggalkan AMANAT
ATAU PESANAN TERAKHIR kepada waris
yang hanya akan dibuka dan dibaca kepada para waris anda apabila anda telah ‘tiada’
kelak. Ia amat menyentuh perasaan dan akan selamanya diingati oleh semua waris yang mendengar!
✔
Akses kepada khidmat PAKAR RUNDING yang bertauliah, pakar & berpengalaman.
✔ Perkhidmatan PENYIMPANAN SALINAN WASIAT yang asal (original)
didalam bilik keselamatan yang diuruskan oleh syarikat untuk SEUMUR HIDUP.
KERAHSIAN ADALAH TERJAMIN kerana
hanya anda yang ada akses kepada wasiat tersebut!
✔ Kemaskini (penambahan atau pengurangan) senarai aset harta dan
hutang piutang secara ONLINE, TANPA HAD kemaskini
dan PERCUMA
seumur hidup. Anda ada pilihan samada untuk reveal
segala-galanya kepada pasangan anda atau hanya direkodkan didalam wasiat!
✔ 2 keping KAD IDENTITI PENYIMPANAN WASIAT.
✔ Tetapi yang paling PENTING, anda akan merasai KETENANGAN kerana tahu harta anda
akan diuruskan dan ditadbir dengan sebaiknya oleh pihak yang pakar untuk
kebaikan keluarga anda apabila anda telah ‘tiada’ kelak.
Sekiranya anda seorang manusia istimewa
yang dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan menentukan bila masa dan tarikh
anda dengan tepat untuk kembali ke rahmatullah, anda masih boleh tunggu hingga ke
saat terakhir umur anda untuk membuat wasiat!
Tetapi realitinya, tidak ada sesiapa
yang mempunyai keupayaan sedemikian, BETUL? Yang pastinya setiap yang hidup akan mati,
cuma bila dan dimana, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
SEKARANG ADALAH MASA TERBAIK UNTUK ANDA BERWASIAT SETELAH ANDA FAHAM
KELEBIHAN DAN MASALAH YANG DAPAT DISELESAIKAN!
Adakah anda perlu berbincang dahulu dengan
pasangan masing-masing sebelum membuat sebarang keputusan?
Sukar menggambarkan kewujudan pasangan yang TIDAK AKAN
BERSETUJU atau MEMBERI TENTANGAN apabila tindakan anda untuk membuat wasiat akan memberi kesenangan
kepadanya kelak!
Adakah kos yang perlu ditanggung
membebankan?
Mahal adalah subjektif kerana
sukar untuk membuat perbandingan. Yang pasti kos pemilikannya tidak semahal iPhone 6 atau Samsung S5 dan tidak perlu ditukar setiap 2-3 tahun sekali kerana alasan mengikut trend terkini atau teknologi yang sudah obsolete!!
Wasiat hanya perlu dibuat oleh setiap Muslim hanya SEKALI SEUMUR HIDUP! Lagi awal anda berwasiat, lagi RENDAH sebenarnya kos yang anda perlu
tanggung!
Agaknya, pada pandangan anda berapakah 'harga' yang perlu dibayar untuk perkara-perkara dibawah :-
- Kesusahan dan kepayahan untuk membuat pentadbiran harta pusaka?
- Harta yang yang tidak boleh digunakan atau dimanfaatkan kerana dibeku bertahun-tahun?
- Masa yang diperlukan?
- Pertelingkahan atau perasaan tidak puas hati dikalangan waris dan ahli keluarga?
Adakah anda BERSETUJU kalau saya mengatakan adalah PRICELESS?
APA KATA MEREKA.....
"Saya memang tak aware langsung pasal wasiat ni, ingatkan
bile meninggal je semua harta akan pergi kepada isteri pasal dia yang akan
uruskan anak-anak. Rupa-rupanya bukan semua akan pergi ke isteri tapi anak-anak
ada bahagiannya dan ibu bapa pun ade bahagiannya. Bukan itu aje, kalau takde wasiat, silap2
semua harta tak pasai-pasai kena tahan pasal takde orang nak uruskan. Alhamdulillah sempat juga berwasiat! Bukan
takat buat skali dengan wife boleh dapat diskaun dan power bank, tapi semua
adik beradik dan ipar duai pun akan menyusul buat wasiat. Terima kasih tuan
pasal buka mata saya! " -- Hj Ibrahim, Kajang
" Pengalaman adik beradik abah tak bertegur sapa disebabkan
harta pusaka tok wan memang menyedihkan! Pakcik yang sulung asalnya kata biar
dia yang setlekan pasal harta pusaka tokwan, tapi dah dekat dua tahun tak
jalan-jalan juga! Tapi biasaler alasannya tak sempat pasal sibuk. Bila pakcik2
lain nak takeover, tak bagi lak pasal katenye dia yg sulung. Kalau tokwan ade
wasiat, mesti senang. Saya akan pastikan masalah ni takkan berulang kepada
keluarga saya, wasiat jalannya. " -- Syukri,
Taman Melawati
" Akak rasa lega sangat lepas sign je wasiat psl tau harta
akak nanti akan ada yang uruskan bila akak dah takde nanti. Sebagai ibu tunggal, memang susah hati
memikirkan masa depan anak-anak bile kite tiada. Bukan takat buat wasiat je, tapi En. Mokhzamir
turut bagi advice yg berguna macamana pentadbiran harta pusaka nanti waris x
perlu kuar duit! Mekasih banyak-banyak…. " -- Kak Leen, Puchong
" Penjelasan mudah faham & amat jelas. Byk benda rupanya yg sy tak tau. Nak buat wasiat pun senang ja sebenarnya. Amat2
rekomen spy buat wasiat kpd yg tak buat lg sementara smpt. InsyaAllah akan paksa adik beradik utk
berwasiat juga….. :) Trima kasih byk2 tuan! " -- Hisham, Putrajaya
AYUH, JANGAN BERTANGGUH LAGI!!! TAHU TANPA SEBARANG TINDAKAN, MASIH TIDAK AKAN MENGUBAH APA-APA...
Ramai yang telah mula berwasiat setelah menyedari kepentingannya. ANDA??
TERAMAT MUDAH untuk membuat wasiat!
TERAMAT MUDAH untuk membuat wasiat!
Hanya
15 MINIT SAHAJA masa anda diperlukan untuk melengkapkan maklumat yang
diperlukan. Selebihnya, kami yang akan uruskan!
Atau
anda hanya perlu SMS atau Whatsapp kepada kami seperti dibawah untuk set appointment. Kami akan hubungi anda!
Untuk SMS atau WhatsApp, sila taip
WASIATKU
<jarak> NAMA_ANDA <jarak> LOKASI dan hantarkan ke
019-388 2872.
Contoh
: WASIATKU AZNAN
BANGI
Mokhzamir Aznan M. Hassan merupakan Pakar di dalam Perancangan & Pengurusan Harta Islam yang bertanggungjawab untuk membantu mereka yang telah berkeluarga dan mempunyai tanggungan untuk membuat perancangan didalam melindungi dan menggantikan pendapatan mereka sekiranya terhenti secara tiba-tiba, memberikan khidmat rundingan didalam melaksanakan pelaburan didalam unit amanah yang bersifat jangka panjang, mewujudkan yayasan persendirian serta memastikan harta yang terkumpul hasil penat lelah bertahun-tahun dapat dirancang & diagihkan kepada waris-waris mengikut kehendak berpandukan kepada prinsip Syariah. Mempunyai lesen dan tauliah yang sah daripada As-Salihin Trustee Berhad, MAA Takaful Berhad dan Public Mutual Berhad sebagai konsultan.
Perkhidmatan penulisan wasiat ini ditawarkan & disediakan oleh As-Salihin Trustee Berhad, merupakan sebuah Syarikat Amanah Premier yang mempunyai kepakaran & pengalaman luas didalam membantu umat Islam di Malaysia membuat perancangan dan pengurusan harta berlandaskan prinsip Syariah. Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang diterajui oleh Tun Dato’ Dr. Haji Mohamed Salleh Abas sebagai Pengerusi.
Perkhidmatan penulisan wasiat ini ditawarkan & disediakan oleh As-Salihin Trustee Berhad, merupakan sebuah Syarikat Amanah Premier yang mempunyai kepakaran & pengalaman luas didalam membantu umat Islam di Malaysia membuat perancangan dan pengurusan harta berlandaskan prinsip Syariah. Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat Amanah 1949 yang diterajui oleh Tun Dato’ Dr. Haji Mohamed Salleh Abas sebagai Pengerusi.
Penulisan
wasiat merupakan antara pelbagai perkhidmatan & kepakaran yang ditawarkan.
Lain-lain perkhidmatan yang turut ditawarkan adalah seperti Deklarasi Hibah, Deklarasi Harta Sepencarian, Takaful Amanah, Pelan Takaful Keluarga, Pelan Kesinambungan dan Perwarisan Perniagaan, Plan Perlindungan Pendapatan dan Plan Perubatan Keluarga.
Lain-lain perkhidmatan yang turut ditawarkan adalah seperti Deklarasi Hibah, Deklarasi Harta Sepencarian, Takaful Amanah, Pelan Takaful Keluarga, Pelan Kesinambungan dan Perwarisan Perniagaan, Plan Perlindungan Pendapatan dan Plan Perubatan Keluarga.











